• surau 2
  • halaman surau
  • surau

Amalan harian.... jadikan satu rutin



























read more →

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


Peserta Kem:
  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Bestari
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah
  • Pengawas Briged Bestari
  • Ketua Kelas
  • Penolong Ketua Kelas

Penceramah terdiri daripada Motivator dan Kaunselor sekolah-sekolah Daerah Kemaman.

Surau menjadi pilihan sebagai tempat ceramah memandangkan Surau adalah salah satu tempat yang berfungsi sebagai medan penyebaran ilmu.


Selain menerima dan mendengar ceramah, semua peserta turut mendapat ruang untuk beriadah agar 
badan akan menjadi sihat dan minda
akan menjadi cerdas.


Sebagai pengisian waktu, peserta kem turut melalui slot kerohanian seperti amalan wajib iaitu Solat 5 waktu secara berjamaah di samping menikmati tazkirah daripada imam solat.
 


Hasil daripada kem ini diharap agar dapat membenihkan rasa keyakinan diri dalam proses melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan tahap disiplin sekolah terus cemerlang.

read more →

PERIHAL SURAU RAUDHATUL JANNAH








read more →

JAWATANKUASA RAUDHATUL JANNAH




Penasihat  

Tuan Haji Mohd Bin Senek  
Guru Besar

Pengerusi 
Puan Nafisah Ismail   
GPK HEM

Naib Pengerusi I
Puan Jamilah Suri      
GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi II
Puan Fatimah Hamzah
GPK KoKurikulum

Setiausaha 
Puan Wan Zaliha Wan Mansor 
Ketua Panitia Pendidikan Islam

Bendahari 
Puan Embok Othman  
Guru Pendidikan Islam

Penyelaras
Encik Zuraimi Abd Wahab
Guru Pendidikan Islam

Ahli Jawatan Kuasa
Puan Rohaizi Abd Rahman  
Puan Hasiah Abdullah
Encik Abu Talib Baharudin  

Puan Junaidah Abd Karim
Puan Rosmawati Mohmad
Puan Sabariah Awang
Cik Nor Nadiah Athirah Ismail   

Puan Noraini Mat Yuns
Puan Masitah Abdullah
Puan Aini Drasid 
Puan Ros Amira Ibrahim
Cik Norhayati Omar  
Puan Azamah Yusof    




' SEKOLAHKU SYUGAKU'

Berfirman Allah Taala :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ    سورة التوبة: الآية18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18
read more →

Kerohanian.... suatu kewajipan

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sekolah dirancang berpaksikan rasional, objektif, visi, misi, tentatif dan pelbagai perancangan. Apa yang pasti program yang bakal terlaksana dirancang agar dapat menghasilkan keuntungan maksimun kepada pelajar ke arah melahirkan Insan Kamil yang berwawasan dan berkeinginan untuk cemerlang dunia dan akhirat.
Dalam program PERKHEMAHAN Unit Beruniform SKSB2, surau menjadi medan lontaran ilmu kepada peserta di mana semua ahli Unit Beruniform akan bersama-sama Solat Berjamaah, diikuti tazkirah berguna agar sentiasa menjadi panduan ke arah perjalanan diri dalam menempuh percaturan sebuah kehidupan.




read more →

Surau Raudhatul Jannah... seindah nama

Digunakan setiap hari oleh warga SK Seri Bandi 2 dengan pelbagai aktiviti . Bermula daripada murid Pra Sekolah, Murid PPKI, murid Tahun Satu hingga Enam. semua warga guru, semua pekerja sekolah. Apa yang pasti Surau ini menjadi satu kemudahan ibadat untuk semua warga sekolah dengan keselesaan yang disediakan sama ada dari segi kebersihan, keceriaan, dan infrastruktur yang lain. Antara aktiviti rutin ialah Program Bacaan Al-Quran 10 minit setiap Isnin hingga Khamis bermula 7.30 hingga 7.45 pagi diketuai oleh guru bertugas. Bagi murid atau calon UPSR, menjadi satu tradisi dan budaya rutin untuk membaca Surah Yaasin dan Solat Hajat setiap hari Khamis jam 7.45 pagi bersama semua ahli Tahun Enam dengan bimbingan Guru Pendidikan Islam. Pada sebelah petang, surau ini berperanan menjadi tempat ibadat Solat Zohor Berjamaah murid-murid kelas KAFA sebelum meneruskan pencarian ilmu dalam bidang keagamaan. Para guru yang mempunyai lebihan tugasan yang mesti dilaksanakan sebelum kembali ke rumah akan menunaikan tanggungjawab Solat Zohor sebelum kembali ke rumah masing-masing.
read more →

Ahlam Wasahlam

Selamat Berkongsi Ilmu 
ke arah
Pemantapan Insan
Cemerlang
Dunia dan Akhirat
" Insya Allah "
read more →