KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

  • Dicatat oleh Cikgu Naf
  • di 8:47 PG -
  • 0 ulasan

Peserta Kem:
  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Bestari
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah
  • Pengawas Briged Bestari
  • Ketua Kelas
  • Penolong Ketua Kelas

Penceramah terdiri daripada Motivator dan Kaunselor sekolah-sekolah Daerah Kemaman.

Surau menjadi pilihan sebagai tempat ceramah memandangkan Surau adalah salah satu tempat yang berfungsi sebagai medan penyebaran ilmu.


Selain menerima dan mendengar ceramah, semua peserta turut mendapat ruang untuk beriadah agar 
badan akan menjadi sihat dan minda
akan menjadi cerdas.


Sebagai pengisian waktu, peserta kem turut melalui slot kerohanian seperti amalan wajib iaitu Solat 5 waktu secara berjamaah di samping menikmati tazkirah daripada imam solat.
 


Hasil daripada kem ini diharap agar dapat membenihkan rasa keyakinan diri dalam proses melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan tahap disiplin sekolah terus cemerlang.

Author

Written by Nafisah Ismail

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18

0 ulasan: