Surau Raudhatul Jannah... seindah nama

  • Dicatat oleh Cikgu Naf
  • di 9:31 PG -
  • 0 ulasan
Digunakan setiap hari oleh warga SK Seri Bandi 2 dengan pelbagai aktiviti . Bermula daripada murid Pra Sekolah, Murid PPKI, murid Tahun Satu hingga Enam. semua warga guru, semua pekerja sekolah. Apa yang pasti Surau ini menjadi satu kemudahan ibadat untuk semua warga sekolah dengan keselesaan yang disediakan sama ada dari segi kebersihan, keceriaan, dan infrastruktur yang lain. Antara aktiviti rutin ialah Program Bacaan Al-Quran 10 minit setiap Isnin hingga Khamis bermula 7.30 hingga 7.45 pagi diketuai oleh guru bertugas. Bagi murid atau calon UPSR, menjadi satu tradisi dan budaya rutin untuk membaca Surah Yaasin dan Solat Hajat setiap hari Khamis jam 7.45 pagi bersama semua ahli Tahun Enam dengan bimbingan Guru Pendidikan Islam. Pada sebelah petang, surau ini berperanan menjadi tempat ibadat Solat Zohor Berjamaah murid-murid kelas KAFA sebelum meneruskan pencarian ilmu dalam bidang keagamaan. Para guru yang mempunyai lebihan tugasan yang mesti dilaksanakan sebelum kembali ke rumah akan menunaikan tanggungjawab Solat Zohor sebelum kembali ke rumah masing-masing.

Author

Written by Nafisah Ismail

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18

0 ulasan: